Assalamualaikum sahabatku semua

aku dan adik di KLCC

Kita bersua kembali setelah berhempas pulas menjawab exam...
Alhamdulillah, pagi ahad 15 Nov aku dan adikku, Asiah telah selamat sampai ke kampung tercinta setelah masing2 telah selesai final pada 11 dan 13 Nov... Sepanjang 5 sem belajar di USIM, inilah kali pertama aku naik bas dari Hentian Putra ke Kelantan. Biasanya aku balik dengan keteapi ataupun bas chater jer, senang sikit...tapi sem ni rasa macam nak buat kelainan ckit..sama jer setiap sem...

Salam perjuangan buat sahabat dan pembaca blog sekalian…. Terutama sekali buat Ustazah Rawiyah, pendidik bagi madah Nusus wa Sulukiyyat Al-I’lam( berkaitan media muslim) yang mewajibkan kami pelajar TBA 4 dari Program Bahasa Arab & Komunikasi supaya create blog yang tak seberapa ini, namun diharapkan agar sedikit sebanyak dapat memberi input kepada pembaca semua……


Pada petang jumaat yang lalu, hari last kena submit assignment Linguistik (tahlil ayat Qur’an) madah Dr Asma, teringat nak amik duit dari ATM kat kampus sebelum submit assignment. Waktu tu just ada sekeping not merah untuk perbelanjaan sepanjang study week. Dah hampir seminggu mesin ATM rosak dan hanya dua hari lepas ianya dibaiki. Saya pilih amik duit hari jumaat petang sebab biasanya waktu nie tak ramai orang yang ada kelas, so tak perlu beratur panjang semata-mata nak ambik duit. Sebelum ni, kalau tak cukup duit, saya pinjam dengan adik, yang kebetulan juga belajar di sini dan kolej kami pun dalam pagar yang sama, dan dia pun sebaliknya. Kami mendapat wang dari sumber yang sama iaitu abah yang tercayang dan biasiswa. So, tak delah istilah bayar balik, kira acilah.

Tapi bukan cerita ini yang ingin saya fokuskan, seusai ambil duit, saya terambil sehelai kertas…dari dibiarkan berterbangan, baik ambik…tapi tak sempat nak baca..
Bila balik hostel, time nak kemaskan beg, saya terpandang kertas yang saya ambil tadi. Jomla kita baca sama-sama..


*      Jika engkau bertemu seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu: “ Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
*      Jika bertemu anak kecil, maka ucapkan (dalam hatimu): “ anak ini belum bermaksiat kepadaNya, tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu orang tua, maka ucapkan (dalam hatimu): “dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkan (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu dengan seseorang yang bodoh, maka ucapkan (dalam hatimu): “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh( tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): “ Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.


 
Best tak cite nie? asalnya saya ingatkan sampah…saya ambil untuk elakkan sampah bertaburan di USIM… rupa-rupanya ia adalah ilmu baru untuk saya..dan elok dikongsi..

والله أعلم بالصواب
سلام فرجواغن يغ بلوم سلساي

;;

كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"