Didiklah anak-anak sedari kecil lagi
        Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Sosial pula bererti segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu masalah sosial bermaksud perkara, keadaan atau kesukaran yang berlaku dalam masyarakat hasil interaksi antara anggota masyarakat.
Masalah sosial kini memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja  terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka. 
Saban hari, ada sahaja masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja  dilaporkan oleh media massa dan media elektronik. Isu ini semakin hari semakin membimbangkan kita kerana ianya seolah-olah bersiri dan tiada henti. Sampai bilakah kita perlu menanti apa yang bakal berlaku pada hari esok, lusa dan seterusnya?   


     

     Kenderaan perutusan di zaman Rasulullah
      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita diberi kesenangan dan kesempatan berkarya dan berkongsi sesuatu di alam maya ini. Jika di bandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w dalam perjuangannya menyampaikan dakwah dan menyebarkan Islam, zaman kini dikira berkali-kali lebih canggih dan lebih senang untuk berkomunikasi, alhamdulillah.

    Bayangkan, jika dulu sesuatu perutusan dihantar dengan bantuan seekor kuda, berhari-hari menunggu keputusan atau balasan dari penerima, berbagai perasaan menerjah diminda, adakah balasannya nanti positif ataupun negatif. Hari dinanti penuh debaran. Namun kini, segalanya pantas dan segera, baru di hantar, dua atau tiga saat kemudian ada balasan. Sementelahan kini berbagai kemudahan disediakan antaranya facebook, email, ym, blog, dan banyak lagi. Namun demikian, ingatlah wahai saudaraku semua, semakin banyak kemudahan, semakin banyak cabarannya. 

     Cuba kita renungi, kenapa dulu sahabat Nabi sempat khatam al-Qur'an 3hari 30juzuk? Sedangkan sukar mendapatkan cahaya lampu di waktu malam? Sempat menulis kitab dan meriwayatkan hadis sedangkan di zaman itu sukar untuk mendapatkan dakwat dan kertas...pelepah tamar dan ketulan batulah alatan berguna buat mereka.

 contoh alatan untuk mencebok air

     Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabiatul Adawiyah. Namun, setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwudhu', itupun telah buruk. lantas, pencuri itu tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
     Tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menegur si pencuri tersebut,"Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok itu. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti ini. Kebiasaannya, tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun kini, lain pula yang berlaku.
     "Sila ambil sesuatu," kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah kendi buruk yang tidak berharga," jawab si pencuri.

gambar hiasan
      Pernahkah sahabat semua rasa resah dan serba tak kena? Buat ni tak kena, buat tu tak jadi. Semuanya rasa seperti tidak sempurna. Puas berfikir dan berfikir  mencari puncanya, namun tidak jua ku temui.
     Akhirnya, seusai solat maghrib, ku ambil telefon bimbit dan ku tekan nombor mama yang telah ku hafal di kotak memoriku. Setelah bertanya khabar dan berbual dengan mama tercinta, barulah jiwa rasa tenang. Patutlah segalanya tidak kena kerana hampir seminggu tidak mendengar suara mama dan abah.
    Walaupun tidak dapat pulang menjenguk keluarga di kampung, sekurang-kurangnya dapat dengar suara pun jadilah. Daku bukanlah anak manja, namun, selaku anak kita perlulah sentiasa bertanya khabar dan mengiringi doa selepas solat kepada ibubapa agar apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.



solatlah walau di mana jua
Andainya kita renungkan, waktu berjalan begitu pantas. Makin hari kian terasa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja bertemu hari Isnin, esok Isnin akan meljema kembali. Namun, yang pasti Isnin minggu lepas sama sekali tidak sama dengan Isnin yang bakal menjelma esok.
Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan bahkan dari tahun ke tahun terasa pantas segalanya.  Usia pun makin bertambah, namun umur makin berkurang.
Ya Allah yang Maha Pemgampun, ampunilah kami yang banyak melakukan dosa dalam melewati hidup ini. Bimbing dan lindungilah kami dari musuh-musuh kami yang nyata dan dari godaan dunia yang menggiurkan. Hidup dan tegakkan Iman dan Islam dalam jiwa kami. Bangkitkankah roh kami agar sentiasa taat kepadaMu Ya Rabbal Alamin.

Bersalaman

Apabila bertemu Muslim lain disunatkan bersalaman atau berjabat tangan. Daripada Al-Barra', Rasulullah bersabda maksudnya:" Apabila 2 Muslim bertemu dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah." (Hadis riwayat Abu Daud).
         Harus juga berpeluk- pelukan sekiranya sahabat atau saudara datang dari jauh. Saidatina Aisyah berkata, ketika Zaid bin Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahku. Beliau datang dan mengetuk pintu rumahku. Lalu Rasulullah bangun dan berjalan ke arahnya lantas memeluk dan menciumnya.
         Bagaimanapun, perlu diingat bahawa bersalaman dan berpeluk-pelukan hanya    boleh  dilakukan di antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Bersalaman dan berpelukan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram adalah haram.


Bawa hadiah

Satu pun sudah memadai asalkan ikhlas.
Adalah baik sekiranya pengunjung membawa sedikit hadiah atau buah tangan kerana diriwayatkan Rasulullah bersabda maksudnya:" Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan menyayangi antara satu sama lain".
Sesungguhnya kelebihan serta adab ziarah tidak tertumpu kepada pengunjung sahaja. Pihak yang menerima dan memuliakan tetamu juga ada kelebihan serta adabnya. 


 
Gubahan bunga yang cantik memerlukan perancangan dan penelitian yang baik, begitu juga peribadi muslim


Tugas dan peranan seorang guru amat sukar . Sebelum menjejakkan kaki ke menara gading, saya pernah menimba  pengalaman bergelar  pendidik  selama hampir 6 bulan di sebuah pusat qiraati sementara menunggu keputusan STAM .  Mereka berusia  dalam lingkungan 4 hingga 16 tahun dan waktu itu saya berumur 20 tahun. Pelajar lelaki yang berumur 16 tahun semestinya lebih tinggi dari saya dan amat sukar mendengar kata andai ustazah muda memberi arahan kepada mereka. Justeru, saya  memberitahumereka  bahawa saya telah berumur 25 tahun. Namun, mereka lebih bijak dan bertanya itu ini sehingga saya perlu berterus terang dan Alhamdulillah, mereka hormatkan saya sebagai guru dan menjadi tempat untuk menceritakan masalah  seolah-olah kami sahabat. Namun, batas-batasnya perlulah dijaga.

;;

كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"