Kenderaan perutusan di zaman Rasulullah
      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita diberi kesenangan dan kesempatan berkarya dan berkongsi sesuatu di alam maya ini. Jika di bandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w dalam perjuangannya menyampaikan dakwah dan menyebarkan Islam, zaman kini dikira berkali-kali lebih canggih dan lebih senang untuk berkomunikasi, alhamdulillah.

    Bayangkan, jika dulu sesuatu perutusan dihantar dengan bantuan seekor kuda, berhari-hari menunggu keputusan atau balasan dari penerima, berbagai perasaan menerjah diminda, adakah balasannya nanti positif ataupun negatif. Hari dinanti penuh debaran. Namun kini, segalanya pantas dan segera, baru di hantar, dua atau tiga saat kemudian ada balasan. Sementelahan kini berbagai kemudahan disediakan antaranya facebook, email, ym, blog, dan banyak lagi. Namun demikian, ingatlah wahai saudaraku semua, semakin banyak kemudahan, semakin banyak cabarannya. 

     Cuba kita renungi, kenapa dulu sahabat Nabi sempat khatam al-Qur'an 3hari 30juzuk? Sedangkan sukar mendapatkan cahaya lampu di waktu malam? Sempat menulis kitab dan meriwayatkan hadis sedangkan di zaman itu sukar untuk mendapatkan dakwat dan kertas...pelepah tamar dan ketulan batulah alatan berguna buat mereka.

    Namun, kita yang canggih dengan pen pelbagai warna, buku berbagai bentuk, laptop pelbagai jenama, internet pelbagai kelajuan dan gb, tapi tidak berkesempatan memanfaatkan kemudahan yang ada. Oleh itu, di kesempatan waktu ini, gunakanlah kelengkapan yang ada ke arah kebaikan.  Jangan sesekali menyalah gunakannya..

0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"