solatlah walau di mana jua
Andainya kita renungkan, waktu berjalan begitu pantas. Makin hari kian terasa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja bertemu hari Isnin, esok Isnin akan meljema kembali. Namun, yang pasti Isnin minggu lepas sama sekali tidak sama dengan Isnin yang bakal menjelma esok.
Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan bahkan dari tahun ke tahun terasa pantas segalanya.  Usia pun makin bertambah, namun umur makin berkurang.
Ya Allah yang Maha Pemgampun, ampunilah kami yang banyak melakukan dosa dalam melewati hidup ini. Bimbing dan lindungilah kami dari musuh-musuh kami yang nyata dan dari godaan dunia yang menggiurkan. Hidup dan tegakkan Iman dan Islam dalam jiwa kami. Bangkitkankah roh kami agar sentiasa taat kepadaMu Ya Rabbal Alamin.

Kami sedar banyak sekali perintah dan laranganMu yang kami langgar, begitu juga banyak dosa telah kami lakukan. Mata ini, kami tahu hal itu engkau larang untuk kami melihatnya, tapi tetap jua mata ini melihatnya.
Mulut dan bibir ini, kami tahu bahawa diam itu lebih baik dari banyak bicara, tapi masih jua belum mampu menahannya. Sering kali bibir ini membicarakan hal ehwal orang lain, mengejek dan mencerca teman, bahkan memarahi orang walaupun kami tahu bahawa hal itu engkau larang.
Fikiran ini, kami tahu memikirkan penciptaan Mu dan ummat Mu itu lebih baik, tapi tetap jua kami tertidur lelap, lupa dan enggan melakukan hal itu. Bahkan yang ada di fikiran ini seolah-olah kerja, assignment, kereta, dunia dan dunia sahaja yang berputar mengelilingi alam pemikiran kami.
Hatiku ini, kami tahu bahawa dengan banyak berzikir kepada Mu hati ini akan menjadi tenang dan tenteram, tapi kami tetap jua masih lupa dan gundah dengan persoalan hidup ini. Ya Allah, bimbing dan tunjukilah kami ke jalan Mu agar kami dapat merasakan nikmatnya ibadah kepada Mu. Lindungilah kami dari siksa Mu yang amat pedih.
Kami sedar waktu kami telah terbuang percuma, waktu yang berlalu serasa bayangan yang tak dapat kami ulangi dan gapai lagi. Bimbinglah kami agar dapat mengisi waktu ini dengan ibadah kepada Mu…

0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"