Assalamualaikum semua.
Sudah agak lama tidak menulis, bukan tiada masa, cuma tidak bijak mengatur minit, bukan tiada kata untuk dikongsi namun tidak menyusun kalam sebaik bicara, bukan tiada kudrat untuk menaip, tapi kemalasan merantai diri. Hari ini hari Sabtu, waktu rehat bagi kebanyakan pekerja di kampung mahupun kota, tapi tidak bagi agensi swasta seperti saya.
Selaku pekerja yang biasanya datang awal berbanding rakan sepejabat yang lain, maka saya diamanahkan untuk membuka dan mengunci pintu pejabat. Tatkala tiba di pejabat dan sedang mencari kunci untuk membuka pintu pejabat, tiba2 kedengaran tone mesej masuk dari handphone. Lalu saya ambil dan membacanya sepintas lalu dan selesaikan kerja membuka ketiga2 pintu tersebut. 
Pabila selesai, saya ambil handphone dan membacanya dengan teliti. Mesej tersebut dari dua pupu, anaknya sepupu abah. mesejnya berbunyi, "K.In, untuk jadi pelajar yang berjaya, kena buat amal ibadat apa ea?".. (K.In tu gelaran y diberi oleh mama dan abah dan majoriti saudara mara, jiran dan sahabat rapat memanggil dengan gelaran tersebut).
Saya pun membalasnya," Yang biasa ustaz pesan, kalu kita nak jadi org yang cemerlang, firstly jaga solat, kalau boleh solat diawal waktu+berjemaah, hati pulak kena bersih dan sentiasa sedia memaafkan org, dan jika itu salah kita mengaku kesalahan tersebut, dan try improve ourselves. Setiap hari lepas solat subuh, amik masa baca qur'an @ ma'tsurat (time uzur) untuk pengisian rohani. Cuba amalkan yang ni dulu, bila dah rasa boleh istiqamah, amalkan yang lain plak". 
Mengapa saya tekankan solat walaupun semua orang Islam pasti telah belajar tentang solat sedari umur 5 tahun di pra sekolah atau tadika lagi? Bagi sesetengah individu, ia adalah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan, namun bagi sesetengah individu pula, ia terlalu berat walaupun sentiasa diingatkan.
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara untuk menjadi orang yang berjaya @ cemerlang. Jika taip di google tips untuk berjaya pasti pelbagai kaedah dan cara dipaparkan untuk diikuti. Tapi, percayalah sahabat semua, dalam apa jua amalan yang kita lakukan, jangan diringankan amanah yang pertama sekali akan dihisab sebaik kita meninggal dunia. Walau apa jua pangkat yang kita miliki di dunia yang sementara,, andai solat tidak dijaga, nescaya kita belum mampu digelar orang yang berjaya di akhirat yang kekal selamanya,  

DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis Rasulullah s.a.w :
1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
2] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)


15 mac 2011,, 12:49pm



0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"