Hari ini Zue & Syira telah habis praktikal,,, huhu,, sedih sangat sebab hampir 3 bulan kami gelak dan riang bersama, kini tinggallah Azreen, Syazwan, Amalin, Aliaa dan diriku yang kerdil ini. Terasa segala perjalanan di ofis kelam kabut dan bersimpang siur sedikit kerana telah kekurangan dua orang staff walaupun pada hakikatnya hanyalah trainee namun, kami terasa dengan kehilangannya, terutamanya Aliaa, jelas tidak hepy kerana tiada Syira di sisi...

Tapi, bukan itu yang aku sedih,,, yang lebih menyedihkan adalah kerana tanggal 9April ini penyeliaku akan menjalani pembedahan injap jantung dan kami pasti akan terasa dengan ketiadaannya!! maka, segala tugasnya yang berkaitan haji dan pakej2, akan digalas olehku sementara waktu... Penyelia yang sangat sporting,,,, love u K. Emma.... moga selamat segalanya... kami menunggu kedatanganmu ke TM Tours & Travel.....





Assalamualaikum semua.
Sudah agak lama tidak menulis, bukan tiada masa, cuma tidak bijak mengatur minit, bukan tiada kata untuk dikongsi namun tidak menyusun kalam sebaik bicara, bukan tiada kudrat untuk menaip, tapi kemalasan merantai diri. Hari ini hari Sabtu, waktu rehat bagi kebanyakan pekerja di kampung mahupun kota, tapi tidak bagi agensi swasta seperti saya.
Selaku pekerja yang biasanya datang awal berbanding rakan sepejabat yang lain, maka saya diamanahkan untuk membuka dan mengunci pintu pejabat. Tatkala tiba di pejabat dan sedang mencari kunci untuk membuka pintu pejabat, tiba2 kedengaran tone mesej masuk dari handphone. Lalu saya ambil dan membacanya sepintas lalu dan selesaikan kerja membuka ketiga2 pintu tersebut. 
Pabila selesai, saya ambil handphone dan membacanya dengan teliti. Mesej tersebut dari dua pupu, anaknya sepupu abah. mesejnya berbunyi, "K.In, untuk jadi pelajar yang berjaya, kena buat amal ibadat apa ea?".. (K.In tu gelaran y diberi oleh mama dan abah dan majoriti saudara mara, jiran dan sahabat rapat memanggil dengan gelaran tersebut).

Assalamualaikum semua...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi ni'mat untuk menghirup udara secara percuma dan yang paling penting nikmat Iman dan Islam. Syukur ya Rabb,,, nikmat yang dirasakan begitu bernilai dan berharga bagi insan yang tahu menghargainya.

Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan kepada sahabat blogger semua tentang pakej yang ditawarkan oleh Syarikat TM Tours & Travel, iaitu tempat saya sedang bekerja sekarang.

macam2 pakej ada antaranya:
- umrah dan haji
- transport
- tempah tiket flight
- melancong dlm & luar negara
- honeymoon pakej

for more info try to click:   http://www.tmtours.com.my

Insya Allah harga yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi,,,,

Selamat Bercuti!!!




  


;;

كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"