Assalamualaikum,,,

Berabad lamanya tidak di update blog ku ini,,, terima kasih kepada teman-teman blogger yang sudi ziarah laman ini... Cuti sekolah adalah waktu yang paling berharga bagi seorang pendidik seperti kami,,

Alhamdulillah,, sekarang saya ditugaskan menjalani praktikum di Sek Keb Holy Trinity, Tawau,,, syukur, dekat dengan bandar Tawau, rumah dan sekolah pun dekat. Segala kemudahan tersedia sudah,, tinggal keazaman untuk meneruskan perjuangan di negeri di bawah bayu ini.

Sempena Hari Raya Qurban yang bakal menjelma,, saya ucapkan selamat menjalani ibadat kepada semua jemaah haji yang telah dan akan berlepas ke Tanah Suci,, semoga beroleh haji mabrur.. kepada semua muslimin dan muslimat,,, selamat beramal & semoga dirahmati Allah selalu...

 Ini suasana di maktabah 

 Kolam ikan di sebelah bilik pejabat

 Setiap petang Ahad hantar housemate ke batu (jeti) untuk menaiki bot, dia mengajar di SMK Wallace Bay,, 
pengorbanan seorang guru,, besar ba,,,

 Tempat ambil wudu' lelaki

Tenang,, tempat berkelah anak didikku makan bekal masing2...

Tiada kesempatan untuk mencoret nukilan dek kerana terlampau banyak tugasan assigment yang belum disiapkan....  Jom sambung buat assigment,,,, ilalliqa', maas salamah... :)


;;

كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"