السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, hari ini hari ke 9 umat Islam telah berjaya mengharungi cabaran berpuasa di Bulan yang barakah ini. Dan malam ini juga malam 31 Ogos iaitu malam 52 tahun kita menyambut merdeka. Pelbagai pengisian menarik diatur Kolej Kediaman Nilam Court antaranya solat terawikh berjemaah, tadarus al-Qur'an, pertandingan ucapan awam wahalumma jarra(dsb).
Tatkala diri didibebani dengan assigment yang bertimbun, masa terasa terhimpit sangat2, diri yang kerdil ini sentiasa terkenangkan memori di alam persekolahan sekolah rendah. Jika ada homework yang tak siap, cepat2 datang ke sekolah untuk penuhkan jawapan, bertanya jawapan kepada kawan2, saling copy and paste...ingatkan kita je yang tak siap, rupanya kawan2 yang lain pun sama...lucu bila mengenangkan zaman tersebut.

Lebih-lebih lagi jika cikgu yang ajar madah Bahasa Melayu. Ingat lagi nama cikgu tu, Cikgu Siti Radzuan, guru kelas 6 Merah. Dengar je nama terus kecut perut. Mana taknya, kalau buat karangan Bahasa Melayu, tertinggal noktah je, terus dibaling buku ke lantai, kadang-kadang dikoyak di hadapan kawan-kawan, malunya. pernah sekali perut kami menjadi mangsa kerana dicubit walhal kesalahannya hanya kesalahan kecil dalam penulisan.
Namun, Alhamdulillah, dengan ketegasan Cikgu2 semua, membuatkan kami berjaya dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan sentiasa berhati-hati ketika menulis, "terima kasih cikgu". Dulu kami tidak mengerti akan perbuatan cikgu itu, namun kini kami jelas kenapa cikgu bertindak sedemikian dan kadang-kadang merasakan ianya memori terindah buat kami.
Namun, zaman itu telah berlalu, kita sebagai insan yang bergelar Muslim, haruslah hari ini lebih baik dari semalam. Bila dah berjaya melangkahkan kaki ke menara gading, janganlah terbiasa dengan asyik copy and paste jawapan dari member je. Jawapan mungkin kita akan peroleh, namun pemahaman sukar untuk diraih. Oleh itu, akhawat semua, rajin-rajinlah bertanya kepada pensyarah apa sahaja soalan yang kurang kita difahami. Biarlah andainya ada kata-kata daripada kawan kita "ala, tu pun nak tanya"..."tu pun tak paham ke?" biarlah... yang penting kita tak menyusahkan mereka...
bak kata pepatah Arab,
'Soalan itu separuh daripada jawapan'
Orang yang bertanya sebenarnya telah tahu sebahagian daripada jawapannya, cuma ingin memastikan samaada pemahamannya betul atau salah.manakala orang yang malu bertanya samaada dia benar-benar telah faham atau langsung tidak faham.
wallahua'lam.

1 Comment:

  1. Aine said...
    bestnye nukilan anti...terkena btang hidung ana nie..hehe

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"