السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat mencetuskan gegaran dalam Gunung Talang sejak dua hari lalu.
Malah, gegaran dalam gunung di daerah Solok itu mencapai 100 kali sejak beberapa hari lalu, lapor laman web detikcom, kelmarin.

"Gegaran dalam gunung berapi itu dikesan meningkat dengan ketara," kata ketua pos pemantauan Gunung Talang, Dalipa. (dipetik dari Berita Harian Online).

Baru-baru ini kita digegarkan dengan beberapa letusan gunung berapi, ribut dan taufan yang melada dengan sangat dahsyat . Antaranya gempa bumi di padang yang terjadi pada jam 17:16 dan 17:58 dan di jambi hari berikutnya jam 8:52. Jika kita perhatikan dengan teliti, waktu gempa bumi yang berlaku itu betul- betul bertepatan dengan nama surah dan ayat al-qur’an, iaitu surah 17 ayat 16( 17:16) maksudnya,

 “Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan penderhakaan di dalam negeri itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)”.

Manakala  surah 17 ayat 58(17:58) yang bermaksud,
“Dan tidak ada satu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami binasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami seksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)”.

Dan yang terakhir,  surah 8 ayat  52(8:52) mafhumNya,
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut fir’aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya, Allah maha kuat lagi sangat keras seksaanNya”.

Gempa bumi itu adalah bencana paling teruk yang melanda Indonesia, sejak kejadian di Yogyakarta yang mengorbankan kira-kira 6,000 orang pada 2006.
Ini diikuti dengan tsunami pada 2004 yang mengorbankan 230,000 orang di berbelas-belas negara dan hampir setengah daripada Aceh
. (dipetik dari Berita Harian Online)

Selain itu, dunia juga dikejutkan dengan ribut yang melanda Negara matahari terbit yang mana telah meragut banyak nyawa iaitu hampir 10 000 nyawa dalam sekelip mata, tanpa tanda atau isyarat awal. Kejadian ini sebenarnya lebih menakutkan daripada virus yang sedang melanda di seluruh negara iaitu Influenza H1N1. walaupun simpton  awal H1N1 adalah sama dengan demam biasa, namun akhirnya boleh membawa maut secara tiba-tiba. 

Saya  sebenarnya belum pernah menjejakkan kaki ke Padang, dan tidak tahu bagaimana bi’ah dan keadaan di sana. Tapi, lecturer saya pernah ke sana, katanya jika di Malaysia Kelantan dikenali sebagai Serambi Makkah, Padang pula dikenali sebagai tempat yang paling wara’ berbanding daerah lain di Indonesia. Malah katanya lebih wara’ daripada Kelantan. Wallahu a’lam.

Tapi, pada pendapat saya, tidak kisahlah jika Bumi tersebut paling ramai manusia yang zuhud dan kuat mengamalkan ajaran islam, jika Allah turunkan ujian kepada sesuatu kaum, itu adalah sebagai teguran kepada mereka. Mungkin angka di atas adalah kebetulan sahaja…  

            Kesimpulannya, sama-samalah kita memperbaiki kesilapan lalu, berusaha meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan, dan saling nasihat-menasihati antara satu sama lain sebelum teguran yang lebih keras akan Allah timpakan kepada kita.

.    وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"