Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,,
Terasa begitu lama xupdate blog ni,,, rasa sayang dibiarkan ia dengan page y sama. Sesungguhnya aku tidak ada idea untuk dikongsi, sekadar menulis apa yang ingin ditulis....

Alahmdulillah, tarikh 29 Jun 2010 merupakan tarikh bersejarah buatku dan kawan2 seperjuangan zaman UPSR kerana kami telah berjaya megadakan reunion setelah hampir 11 tahun tidak berkumpul. Aku tidak nyatakan 'tidak berjumpa' kerana kami pernah jua berjumpa dalam masa 11 tahun ini cuma jarang bertegur sapa kerana kesibukan masa dan komitmen lain. Ada setengahnya sudah bekerja, sedang sambung belajar dan ada juga telah dan akan mendirikan rumahtangga. Tahniah kawan2,,

Reunion tersebut diadakan di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Tempatnya Subhanallah memang cantik, ada gua, tangga, dan pantai yang mendamaikan tanpa hakisan. Kami bermesyuarat melalui facebook dan ym sahaja dan tidak pernah berkumpul semeja. Cuma kawan2 lelaki yang berusaha gigih menyediakan kereta dan kami saling bekerjasama mencari kawan2 melalui laman fb. Itulah antara kebaikan fb walaupun ada juga keburukannya y kadang2 menjadikan aku lalai...

Setiap orang diberi tugas seperti menyediakan nasi, kuih muih, perap ayam, bawak tikar and so on. Maka, tibalah hari yang dinanti. Walaupun telah lama tidak bersua, aku merasakan baru semalam meninggalkan alam sekolah rendah. Walau rupa telah berubah sedikit, namun sikap tertentu yang mengingatkan mereka masih berbaki. Rindunya di zaman itu,,, benarlah kata orang2 lama, bila alam sekolah dilalui kita merasakan ianya sungguh membosankan, hanya menunggu bilakah akan ku tamatkan waktu belajar ni? namun, pabila kita meninggalkannya, pasti kita akan merindui saat itu walau banyak luka dan peritnya.

Suasana agak riang dan riuh rendah dengan gelak tawa kawan2,, aku pun turut serta dengan gurauan mereka. Walaupun hakikatnya kami berkumpul di tepi pantai, namun kami tidak terasa untuk bermandi manda. Mungkin masing2 segan kerana telah lama tidak bersua... dan mungkin juga sebab kami tiba terlalu lewat, kira2 jam 12tgh hari, memang panas sebab matahari betul2 di atas kepala.

Selepas azan zohor, kami bertanya2 pengarah program kami di mana letaknya surau atau masjid? Katanya surau di situ seperti tidak terurus dan kotor lalu dia memandu kereta membawa kami ke masjid dalam kawasan ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia)... Sayang pantai tu, nampak macam terjaga, bersih, rapi tiada longgokan sampah tapi sayangnya rumah Allah tidak dititikberatkan,,,

3 Comments:

  1. atienanurin said...
    Salam..ain jugak kan..maaf la sy br je bkk blog setelah sekian lama bercuti dr blog ni kan..haha sbb nyer mls nk update blog ni..hihi..tetibe je dpt comment..mf le..a`a..tu lah nm ain ni rmi sgt..tp nk wt cmne..cm bezanye ejaan je..tp still mmbw mksd yg sm kan..?? dulu sekolah maahad ke? oic..dkt la ngn sekolah sy..sy dulu sek zainab 2..huhu..k la..slmt berblog k..keep in touch..(dlm blog)..=)
    Aine said...
    salam kembali,,, sory br baca komen ni,,, dah lama xupdate blog,,, yap sama jer maksudnya, -ain- ok,, slmt berblog..
    atienanurin said...
    xperla..sm2 la kite..k

Post a Comment



كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"