Hari ini Zue & Syira telah habis praktikal,,, huhu,, sedih sangat sebab hampir 3 bulan kami gelak dan riang bersama, kini tinggallah Azreen, Syazwan, Amalin, Aliaa dan diriku yang kerdil ini. Terasa segala perjalanan di ofis kelam kabut dan bersimpang siur sedikit kerana telah kekurangan dua orang staff walaupun pada hakikatnya hanyalah trainee namun, kami terasa dengan kehilangannya, terutamanya Aliaa, jelas tidak hepy kerana tiada Syira di sisi...

Tapi, bukan itu yang aku sedih,,, yang lebih menyedihkan adalah kerana tanggal 9April ini penyeliaku akan menjalani pembedahan injap jantung dan kami pasti akan terasa dengan ketiadaannya!! maka, segala tugasnya yang berkaitan haji dan pakej2, akan digalas olehku sementara waktu... Penyelia yang sangat sporting,,,, love u K. Emma.... moga selamat segalanya... kami menunggu kedatanganmu ke TM Tours & Travel.....





0 Comments:

Post a Comment



كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"