Salam 1 Malaysia buat pembaca semua….


ni lah solok lada..

Alhamdulillah, setinggi2 syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup 0ksigen dan meneruskan ibadah kepadaNya. Cuti nie rasa terisi dengan agenda yang menarik walaupun kadang-kadang terasa sedih sebab hampir 3 minggu tak dapat bukak laptop sebab laptop ada problem sikit. Semalam baru sihat dibaiki..alhamdulillah.


Hari ni 16 Disember, mama bersiap ke rumah jiranku dan juga teman sepermainan di zaman kanak2 yang juga sebaya denganku, Hafizah(ijah) nama timangannya kerana malam nie dia akan kahwin dengan jejaka pilihan hatinya.. dah nak kahwin rupanya kawanku…dia baru je habis diploma di UiTM Arau, Perlis dalam jurusan perakaunan hujung bulan September 2009..

Seusai sarapan, aku pun ke rumahnya yang jauhnya mengambil masa 1 minit berjalan kaki. jauh ke? hehe..Sampai di sana aku memberi salam kepada ibuku yang sedang kupas bawang merah, Mok Doh sedang kupas bawang putih dan Kak Som sedang kupas bawang besar. Hanya mereka bertiga yang ada di situ dan akulah yang paling muda.. Memandangkan bawang putih yang paling banyak belum siap, so aku pun join Mok Doh..pastu bawang merah bombay plak..jauh dimport dari India.. huhu. dah siap aku pun makan kuih kasui jap dan minum teh yang telah terhidang..alhamdulillah kenyang..

“Ain, basuh lada jap, pastu bue butir lada,”beritahu ibuku dalam loghat Kelantan.

Aku pun ambil saji yang berisi lada hidup(yang warna hijau) lalu dimasukkan ke dalam besen. 2 ekor ulat yang aku jumpa, agak besar juga. “ tak pedas ke ulat nie makan lada?” tanyaku di dalam hati.

Aku dan Mok Doh pun meneruskan operasi membuang biji lada untuk dibuat solok lada bagi hidangan malam ni….ajaibnya langsung tak terasa pedas…dah siap aku pun ambil paper yang terisi biji lada lalu dimasukkan dalam plastik untuk dibuang. Tiba2 paper tu terkoyak, alang2 dah pegang lada aku pun ambil biji lada tu dengan genggaman tanganku…

“Ambikla nge ketah, pedah tu,”beritahu ibuku

“ Tak po, tok pedah pun,”jawabku.

“Ore oyak tok se dengar,” marah ibuku..dan aku dan Kak Som hanya tersenyum..

Ijah selaku pengantin memang sentiasa sibuk, kejap2 ada call tanya pasal pinggan nak berapa, berapa ekor ayam, itulah inilah, so tak sempat nak berbual. Mujurlah semalam kami dah berborak sakan pasal majlis hari ni.. Biarlah dia uruskan yang bahagian ruang tamu sebab dia tuan rumah dan warga ibu siapkan bahagian dapur. Tapi aku lebih suka pilih bahagian dapur w/pun belum bergelar ibu…

“Kul bape Ain?” Tanya Kak Som yang hampir sebaya ibuku.

“Kul 1 Kak Som,” jawabku. “Zohor kul bape?” Tanya Mok Doh pula. “Marin kul 1, ari ni kalu lebih pun seminit, kalu kure pun seminit,” tergelak Mok Doh dengan jawapanku..

Bila jam 1.15pm aku dan Mok Doh yang bagiku boleh dikira nenek pulang solat zohor dan akan sambung selepas solat nanti. Mok Doh pula bekerja mengopek kelapa dan 'menculik' isi kelapa di rumah Tok Guru yang mengajar aku kenal alif bat ta jam dua nanti.

Ketika dalam perjalanan pulang, aku terasa tanganku berdenyut sakan. Panasnya…aku duduk kejap main game, pastu terasa laptop panas sangat, nape ni? Rupanya tangan aku yang panas….aku pun berwudhu’ dan solat. Dah siap, aku pun ke sana. Panasnya tangan..

Sampai di sana ada 9 orang warga ibu yang sedang membuat kerja. “ Ma, panasnya tange, gano ni?

Tok leh nak wat kijo pun ni..pedihnya”. “Balik, pah tu ghende tange dale berah”.

Aku pun bergegas balik dan rendam tangan dalam tong beras, tak surut juga panasnya. “Gano ni Yah?”. “Saba la” bagitau adikku..Aku pun buka peti ais dan letak tangan di dalam bahagian frozen. Tahan sikit. “ Dik, gi lah beli air batu. “malas”. Jawab adik bongsuku. “Tolongla dik,” rayuku. Aku pun amik losyen lumurkan pada tangan. Tak tahan juga. Aku teringat pada daun lidah buaya dalam peti ais lalu lumurkan juga pada tangan. Masih begitu juga. Adikku yang bongsu pula pergi amik ais di rumah mak sedaraku.. Aku pun rendamkan tanganku ke dalam ais. Leganya. Bila angkat tangan dari bekas tu, terasa panas balik. Tiba2, mataku berair.. pedihnya. Terdetik di hatiku bagaimanalah keadaannya jika aku dicampakkan ke dalam api neraka yang panasnya 70 kali ganda api di dunia? Nauzubillah Ya Allah. Ini bukan api, hanya penangan biji lada pun aku tak tahan.

Dah cair semua ais tadi, aku pun rendamkan tangan ke dalam besen yang berisi air paip. Penuh 1 besen aku isi air. Tahan sikit, tapi bila diangkat panas balik. Aku nangis lagi. Pedih sangat, bagaimanalah Bilal dapat menahan dirinya yang ditindih batu tanpa beralaskan apa2 kain di tengah2 padang pasir? Lemahnya diri ini, aku mesti kuat, tahan sikit ain, pujukku di dalam hati.

Sehinggalah azan maghrib tanganku masih belum kebah. Abah memberi cadangan supaya makan tangkai cabai, pernah juga aku terdengar petua tu, tapi aku dah tak lalu nak makan. Adikku yang ketiga pula teringat yang ais masih ada dalam peti ais, aku pun rendam lagi tanganku yang dah kecut dan merah ke dalam ais. Lega Ya Allah..

Seusai azan isya’, tanganku beransur kebah…Alhamdulillah… tak dapat aku nak temankan Ijah nak dinikahkan malam ni… Tak pela Ijah, esok kita jumpa..

Semalam aku ada bergurau dengannya, “ tak bedebar ke nak kawin esok?” tanyaku dengan nada ingin mengusiknya.

“Ntah, tak rasa apapun, buke ore yang jawab nikah, pihak laki..”jawabnya.

“Eleh, ok tengok esok…”kataku..alih2, tadi ibuku balik bercerita yang Ijah panas sejuk panas sejuk ketika hampir dengan majlis akad nikah. Rasanya itulah perasaan semua bakal pengantin, kan..

Kesimpulannya, bukan lada yang pedas, tapi biji lada yang pedas sebab Mok Doh tak rasa pedih pun tangannya….


والله أعلم...

0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"