Assalamualaikum sahabatku semua

aku dan adik di KLCC

Kita bersua kembali setelah berhempas pulas menjawab exam...
Alhamdulillah, pagi ahad 15 Nov aku dan adikku, Asiah telah selamat sampai ke kampung tercinta setelah masing2 telah selesai final pada 11 dan 13 Nov... Sepanjang 5 sem belajar di USIM, inilah kali pertama aku naik bas dari Hentian Putra ke Kelantan. Biasanya aku balik dengan keteapi ataupun bas chater jer, senang sikit...tapi sem ni rasa macam nak buat kelainan ckit..sama jer setiap sem...


Masih ku ingat sewaktu di sem 1 yang lalu, aku dan teman sekelasku, Syakirah,buat pertama kalinya naik bas dari Kelantan Ke Hentian Putra.. Turun sahaja dari bas,around kul 5.30am, kami tidak tahu ke mana arah yang ingin dituju...tiba2 ada seorang pemuda dalam lingkungan 30an datang ke arah kami. " adik nak ke mana?" "kami nak ke stesen komuter, dekat tak kalau jalan kaki?" tanya salah seorang dari kami."owh, acik boleh hantarkan". kami tanpa banyak soal terus ikut acik tu. tapi dalam hati Allah je yang tahu...
Dalam 1o minit perjalanan, ada seorang mak cik naik dan duduk di seat hadapan sebelah acik tu. legala sikit.
Mak Cik dan acik rancak berbual, rupa-rupanya kami satu kete asal dari Kelantan..
kami rasa perjalanan ke komuter sa...ngat jauh... hampir 25minit... bila sampai ke destinasinya kami pun tanya,"berapo acik?" "rm 20 dik". terkedu kami.. "rm15 tok leh ko cik?", tanya kami. dengan berat hati acik menjawab,"bulehla dik".

Sampai ke hostel kami bergegas bersiap ke kelas.Bila sampai ke kelas, kami ceritakan kepada kawan yang satu negeri dengan kami.. Ya Allah, rupa-rupanya, dengan berjalan ke stesen komuter hanya mengambil masa 10 minit je. Mungkin itu rezeki acik tu. Entah jalan mana yang acik tu bawak kami tadi.....sedih rasanya. Daku sedih bukan kerana wang rm15, tapi kenapa acik tu tak cakap arah stesen tu kalau jalan kaki....bukan nak tolong bangsa senegeri sendiri...

Begitulah mentaliti orang kita... Susah untuk membantu kaum sendiri...Yang penting, dia bahagia dengan apa yang dia dapat...

Jujurlah dalam setiap tingkah lakumu....
Insya Allah, jika itu rezeki kita, walau sesukar mana pun pasti akan menjadi milik kita. Namun, jika bukan rezeki kita, walau sesenang mana pun pasti tidak akan menjadi hak kita.

Apapun, selamat bercuti semua..
ada masa, jumpa lagi...

0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"