Pada petang jumaat yang lalu, hari last kena submit assignment Linguistik (tahlil ayat Qur’an) madah Dr Asma, teringat nak amik duit dari ATM kat kampus sebelum submit assignment. Waktu tu just ada sekeping not merah untuk perbelanjaan sepanjang study week. Dah hampir seminggu mesin ATM rosak dan hanya dua hari lepas ianya dibaiki. Saya pilih amik duit hari jumaat petang sebab biasanya waktu nie tak ramai orang yang ada kelas, so tak perlu beratur panjang semata-mata nak ambik duit. Sebelum ni, kalau tak cukup duit, saya pinjam dengan adik, yang kebetulan juga belajar di sini dan kolej kami pun dalam pagar yang sama, dan dia pun sebaliknya. Kami mendapat wang dari sumber yang sama iaitu abah yang tercayang dan biasiswa. So, tak delah istilah bayar balik, kira acilah.
Tapi bukan cerita ini yang ingin saya fokuskan, seusai ambil duit, saya terambil sehelai kertas…dari dibiarkan berterbangan, baik ambik…tapi tak sempat nak baca..
Bila balik hostel, time nak kemaskan beg, saya terpandang kertas yang saya ambil tadi. Jomla kita baca sama-sama..






Best tak cite nie? asalnya saya ingatkan sampah…saya ambil untuk elakkan sampah bertaburan di USIM… rupa-rupanya ia adalah ilmu baru untuk saya..dan elok dikongsi..
والله أعلم بالصواب
سلام فرجواغن يغ بلوم سلساي
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)