Salam perjuangan buat sahabat dan pembaca blog sekalian…. Terutama sekali buat Ustazah Rawiyah, pendidik bagi madah Nusus wa Sulukiyyat Al-I’lam( berkaitan media muslim) yang mewajibkan kami pelajar TBA 4 dari Program Bahasa Arab & Komunikasi supaya create blog yang tak seberapa ini, namun diharapkan agar sedikit sebanyak dapat memberi input kepada pembaca semua……


sebenarnya, pernah jua terbit di hati ini untuk cipta blog, tapi bukanlah buat masa sekarang, mungkin pada musim cuti semester nanti, tapi disebabkan sudah digesa oleh Ustazah Rawiyah, kalau tak buat nanti tak dapat markah…. dalam paksa dan rela, ku gagahkan jua belajar dan mengeksplore blog orang lain untuk mendapatkan idea……. Syukran Ustazah….

Benarlah, kata orang, manusia jika dipaksa pasti akan dapat melakukan sesuatu perkara yang dia sendiri tak sangka dapat melakukannya bahkan lebih baik dari jangkaannya..Saya teringat masa kuliah Ustaz Yusri(bukan Yusri KRU) madah Dakwah semasa sem dua yang lalu, Ustaz dapat khatam dari kulit ke kulit time study week, bukan hanya sebuah kitab, malah beberapa kitab sedangkan ustaz tak pernah terfikir dapat menghabiskannya sebelum ini. Tapi dsebabkan exam, Ustaz perlu mengkhatamkannya. Ini menunjukkan kita sebenarnya mampu cuma perlu dipaksa oleh keadaan.

Oleh itu, untuk masa yang masih berbaki ini, paksalah diri kita untuk mengorbankan sedikit waktu tidur di awal pagi dengan membaca al- Qur’an, mengulangkaji pelajaran, dan amalan-amalan yang lebih berfaedah….rugilah jika kita menghabiskan waktu pagi dengan tidur sahaja…pendeknya dan cepatnya masa berlalu, baru sarapan dan azan zohor.



والله أعلم بالصواب

1 Comment:

  1. enna said...
    Slm kaka....
    Satu entry yg bgus...
    INSYAALLAH ak akan amlkn..
    Ak pun nk ubh prngai yg kuat tdo ni...
    Bkn stkt pas sbuh...baca ckit pun da ngn2k...
    ni la manusia kan...layan nafsu je..
    Anyway...sama2 la kita amlkn amalan yg mmbwa kebaikan 2k diri kita...=)...

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"