Bersalaman
Apabila bertemu Muslim lain disunatkan bersalaman atau berjabat tangan. Daripada Al-Barra', Rasulullah bersabda maksudnya:" Apabila 2 Muslim bertemu dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah." (Hadis riwayat Abu Daud).
Harus juga berpeluk- pelukan sekiranya sahabat atau saudara datang dari jauh. Saidatina Aisyah berkata, ketika Zaid bin Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahku. Beliau datang dan mengetuk pintu rumahku. Lalu Rasulullah bangun dan berjalan ke arahnya lantas memeluk dan menciumnya.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa bersalaman dan berpeluk-pelukan hanya boleh dilakukan di antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Bersalaman dan berpelukan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram adalah haram.
Bawa hadiah
Satu pun sudah memadai asalkan ikhlas.
Adalah baik sekiranya pengunjung membawa sedikit hadiah atau buah tangan kerana diriwayatkan Rasulullah bersabda maksudnya:" Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan menyayangi antara satu sama lain".Sesungguhnya kelebihan serta adab ziarah tidak tertumpu kepada pengunjung sahaja. Pihak yang menerima dan memuliakan tetamu juga ada kelebihan serta adabnya.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)