Pernahkah sahabat semua rasa resah dan serba tak kena? Buat ni tak kena, buat tu tak jadi. Semuanya rasa seperti tidak sempurna. Puas berfikir dan berfikir mencari puncanya, namun tidak jua ku temui.
Akhirnya, seusai solat maghrib, ku ambil telefon bimbit dan ku tekan nombor mama yang telah ku hafal di kotak memoriku. Setelah bertanya khabar dan berbual dengan mama tercinta, barulah jiwa rasa tenang. Patutlah segalanya tidak kena kerana hampir seminggu tidak mendengar suara mama dan abah.
Walaupun tidak dapat pulang menjenguk keluarga di kampung, sekurang-kurangnya dapat dengar suara pun jadilah. Daku bukanlah anak manja, namun, selaku anak kita perlulah sentiasa bertanya khabar dan mengiringi doa selepas solat kepada ibubapa agar apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.
Teringat di zaman persekolahan dulu, ustazah sering mengingatkan andainya kamu berkahwin nanti, ingatkan kepada suami agar menjenguk ibubapa mereka. Walaupun tidak mampu menyediakan duit berdolar-dolar, emas bertingkat-tingkat, itu bukanlah persoalannya. Apa yang mereka mahukan adalah perhatian dan kasih sayang dari kita sebagaimana kita dambakan perhatian dan kasih sayang dari mereka sewaktu kita kecil dulu.
Hadis Nabi ada meriwayatkan, 4 perkara yang bila kita lihat sahaja, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
1. Melihat Kaabah
2. Melihat wajah Ibu
3. Melihat kitab suci Al Quran
4. Melihat Laut (Antara kekuasaan Allah SWT)
wallahu a'lam.
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekarang agk tension ckt sb da nak dkt final. tu yang ttiba teringat kat umah..tak sabar nak tggu kelahiran spupu baru...