Assalamualaikum......
Bermula dari hari ini hanya tinggal 12 hari je lagi student USIM akan mula menduduki final exam. Sekarang, masing-masing sedang kalut menyiapkan assignment dan tugasan yang masih berbaki... termasuklah diri ini. Makin hampir tarikhnya makin takut pulak....
Perasaan ini pernah saya rasai ketika hampir ingin menduduki exam STAM.. Ya ALLAH, rasa takut sangat.... dah la tak habis hafal lagi... kelas jarang masuk sebab terlibat dengan program untuk adik2, mesyuarat lagi,,, rasa macam tak nak masuk exam jer. Suatu hari, selepas berakhirnya suatu program, tak silap Program Pengurusan Jenazah, tiba-tiba masuk satu mesej dari sahabat yang sedang menuntut di DQ, ting tong..ayatnya lebih kurang " janganlah kamu takutkan kepada urusan duniamu melebihi takutmu kepada Allah. Peperiksaan yang kamu takutkan tidaklah seberapa berbanding takutnya azab Allah kelak".
Alhamdulillah, sejak hari itu, saya dapat kekuatan dan semangat untuk menduduki exam yang seterusnya... Namun, ini tidak bermakna kita tidak perlu mempersiapkan diri sebelum menempuh apa2 ujian duniawi. Sedangkan ulat di bawah batu pun perlu keluar mencari makanan untuk alas perutnya inikan pula kita yang cukup lengkap anggota badan,,,alahai malunya pada ulat..
Ustaz2 masa kat sekolah dulu pun sentiasa mengingatkan
فإذا عزمتَ فتوكّل على الله
Maka sahabat2 semua, berusahalah dari sekarang... Insya Allah masih sempat lagi...banyakkan ibadat sunat sebagaimana yang kita kerjakan di bulan Ramadhan yang lalu, baca qur'an, jaga pemakanan dan tidur haruslah cukup terutamanya pada hari exam nanti...
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada natijah yang kita peroleh, tapi Allah menilai kepada usaha yang kita raih"...
wallahu a'lam..
2 Comments:
-
- Maslinda Bt. Mohamad said...
October 20, 2009 at 11:53 PMsalam...hai sweet!!sihat? hope so...Selamat Menduduki Peperiksaan, semoga tenang menempuhi hari-hari peperiksaan dan sabar nak tunggu sampe habis..hehehe! Gud Luck!!! Jangan mudah gabra dan takut yo!!!- chik -- Aine said...
October 22, 2009 at 6:05 AMsalam kembali my dear....alhamdulillah, makin chat. Insya Allah I'll do the best in my coming soon final exam...pray 4 me...take care ok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)