Gubahan bunga yang cantik memerlukan perancangan dan penelitian yang baik, begitu juga peribadi muslim


Tugas dan peranan seorang guru amat sukar . Sebelum menjejakkan kaki ke menara gading, saya pernah menimba  pengalaman bergelar  pendidik  selama hampir 6 bulan di sebuah pusat qiraati sementara menunggu keputusan STAM .  Mereka berusia  dalam lingkungan 4 hingga 16 tahun dan waktu itu saya berumur 20 tahun. Pelajar lelaki yang berumur 16 tahun semestinya lebih tinggi dari saya dan amat sukar mendengar kata andai ustazah muda memberi arahan kepada mereka. Justeru, saya  memberitahumereka  bahawa saya telah berumur 25 tahun. Namun, mereka lebih bijak dan bertanya itu ini sehingga saya perlu berterus terang dan Alhamdulillah, mereka hormatkan saya sebagai guru dan menjadi tempat untuk menceritakan masalah  seolah-olah kami sahabat. Namun, batas-batasnya perlulah dijaga.
Di waktu ini pula, guru saya ada mengajarkan satu cerita yang bermanfaat untuk dihayati… kisahnya begini:
Kenapa apabila dua orang insan berbual dalam satu majlis maka perbualannya diakhiri dengan permusuhan? Manakala, dua orang yang lain apabila berbual maka perbualannya diakhiri dengan kelembutan dan keredhaan?.. Sesungguhnya, inilah kemahiran berkomunikasi.
Kenapa apabila seseorang berkhutbah  dengan lafaznya yang tersendiri, maka kumpulan hadirin yang pertama menguap dan tidur.. ataupun bermain dengan sejadah yang terdapat di masjid.. ataupun menukar tempat duduknya berkali-kali. Manakala, hadirin kedua fokus berinteraksi dan mengambil perhatian akan ucapan pengkhutbah.. Sesungguhnya inilah kemahiran penyampaian.
Kenapa apabila seorang fulan (lelaki) bercakap dalam satu majlis, pendengarnya senyap… dan mereka melemparkan pandangan mereka ke arahnya? Manakala apabila seorang lelaki lain bercakap dalam satu majlis, orang yang hadir bercakap dengan kawan sebelah.. atau membaca ‘sms’ dari telefon bimbitnya?… inilah kemahiran berkomunikasi…
Kenapa apabila seorang guru berjalan di kaki lima sekolahnya.. dan dia ternampak pelajar-pelajar di situ, dan mereka berjabat tangan dengannya. Dan yang lain pula meminta pandangan darinya, dan sebahagian pula berkongsi masalah dengannya, dan sekiranya dia berada di pejabatnya, dia mengalu-alukan pelajar masuk, maka penuhlah pelajar di dalam biliknya dalam sekelip mata.
Semua pelajar suka apabila duduk bersamanya.
Manakala, guru yang lain, apabila dia berjalan seorang seorang diri ke sekolahnya, dan ketika dia keluar dari masjid sekolahnya, maka tidak ada pelajar mendekatinya dengan gembira untuk bersalaman dengannya, atau mengadu masalah kepadanya, dan sekiranya dia berada di pejabatnya dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari, dan dari malam hingga siang.. tidak ada walau seorang pun mendekatinya atau suka kepadanya.
Kenapa? Inilah kemahiran bermuamalah (pergaulan) sesama manusia.  
Kenapa apabila masuknya seseorang dalam satu majlis, insan lain tersenyum memanggilnya .. dan gembira bertemu dengannya. Dan setiap mereka suka andainya dia duduk di sebelahnya. Manakala, apabila masuk individu yang lain, maka mereka bersalam dengannya dengan salam yang dingin, salam biasa atau salam untuk membodek, kemudian, lelaki ini berpaling kiri dan kanan mencari tempat duduk, maka, tidak ada walau seorang pun yang meluaskan tempat duduknya atau memanggilnya untuk duduk di sebelahnya. Kenapa? Sesungguhnya, inilah kemahiran untuk menarik hati dan mempengaruhi  orang lain…
Tepuk dada, tanya iman, golongan manakah yang ingin kita jadi? Jika itu fokus kita, maka berusahalah untuk memperoleh ciri yang kita kehendaki.

0 Comments:

Post a Comment




كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"