contoh alatan untuk mencebok air

     Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabiatul Adawiyah. Namun, setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwudhu', itupun telah buruk. lantas, pencuri itu tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
     Tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menegur si pencuri tersebut,"Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok itu. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti ini. Kebiasaannya, tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun kini, lain pula yang berlaku.
     "Sila ambil sesuatu," kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah kendi buruk yang tidak berharga," jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian, kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu.     Selepas itu, solatlah dua rakaat. Dengan demikian, emgkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini".
     Mendengar kata-kata itu, pencuri tadi berasa sangat terpukul dan terus membawa kendi tersebut menuju ke bilik air lalu berwudhu'. Kemudian, dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan yang tidak pernah dirasa sebelum ini.
     Rabiatul Adawiyah lantas berdoa,"YA Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi, dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian, aku suruh dia berdiri di hadapanMu. Oleh itu, janganlah engkau halang dia daripada memperoleh nikmat dan rahmatMu".

     Lihat, betapa mulianya hati Rabiatul Adawiyah, walaupun pada asalnya lelaki itu ingin mencuri, tapi akhirnya dia mendapat hidayah hasil daripada tindakan Rabiatul Adawiyah. Bolehkah kita menjadi sepertinya, dan bolehkah pencuri masa kini berubah seperti cerita di atas?

Wallahu A'lam

2 Comments:

  1. NurAsh said...
    kak, pencuri sekarang klu ceroboh rumah bwk senjata..dgr je tuan rumah menjerit, terus dibunuh..huhu.. moga2 pencuri2 ni baca artikel akak ye.. ameen ya rob
    Aine said...
    pencuri sekarang pun dah canggih, entah2 surf dalam inetrnet cara2 nak mencuri, Insya Allah,terjumpa artikel ini.

Post a Comment



كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"