Hari ini Zue & Syira telah habis praktikal,,, huhu,, sedih sangat sebab hampir 3 bulan kami gelak dan riang bersama, kini tinggallah Azreen, Syazwan, Amalin, Aliaa dan diriku yang kerdil ini. Terasa segala perjalanan di ofis kelam kabut dan bersimpang siur sedikit kerana telah kekurangan dua orang staff walaupun pada hakikatnya hanyalah trainee namun, kami terasa dengan kehilangannya, terutamanya Aliaa, jelas tidak hepy kerana tiada Syira di sisi...
Tapi, bukan itu yang aku sedih,,, yang lebih menyedihkan adalah kerana tanggal 9April ini penyeliaku akan menjalani pembedahan injap jantung dan kami pasti akan terasa dengan ketiadaannya!! maka, segala tugasnya yang berkaitan haji dan pakej2, akan digalas olehku sementara waktu... Penyelia yang sangat sporting,,,, love u K. Emma.... moga selamat segalanya... kami menunggu kedatanganmu ke TM Tours & Travel.....
Tapi, bukan itu yang aku sedih,,, yang lebih menyedihkan adalah kerana tanggal 9April ini penyeliaku akan menjalani pembedahan injap jantung dan kami pasti akan terasa dengan ketiadaannya!! maka, segala tugasnya yang berkaitan haji dan pakej2, akan digalas olehku sementara waktu... Penyelia yang sangat sporting,,,, love u K. Emma.... moga selamat segalanya... kami menunggu kedatanganmu ke TM Tours & Travel.....
Assalamualaikum semua.
Sudah agak lama tidak menulis, bukan tiada masa, cuma tidak bijak mengatur minit, bukan tiada kata untuk dikongsi namun tidak menyusun kalam sebaik bicara, bukan tiada kudrat untuk menaip, tapi kemalasan merantai diri. Hari ini hari Sabtu, waktu rehat bagi kebanyakan pekerja di kampung mahupun kota, tapi tidak bagi agensi swasta seperti saya.
Selaku pekerja yang biasanya datang awal berbanding rakan sepejabat yang lain, maka saya diamanahkan untuk membuka dan mengunci pintu pejabat. Tatkala tiba di pejabat dan sedang mencari kunci untuk membuka pintu pejabat, tiba2 kedengaran tone mesej masuk dari handphone. Lalu saya ambil dan membacanya sepintas lalu dan selesaikan kerja membuka ketiga2 pintu tersebut.
Pabila selesai, saya ambil handphone dan membacanya dengan teliti. Mesej tersebut dari dua pupu, anaknya sepupu abah. mesejnya berbunyi, "K.In, untuk jadi pelajar yang berjaya, kena buat amal ibadat apa ea?".. (K.In tu gelaran y diberi oleh mama dan abah dan majoriti saudara mara, jiran dan sahabat rapat memanggil dengan gelaran tersebut).
Assalamualaikum semua...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi ni'mat untuk menghirup udara secara percuma dan yang paling penting nikmat Iman dan Islam. Syukur ya Rabb,,, nikmat yang dirasakan begitu bernilai dan berharga bagi insan yang tahu menghargainya.
Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan kepada sahabat blogger semua tentang pakej yang ditawarkan oleh Syarikat TM Tours & Travel, iaitu tempat saya sedang bekerja sekarang.
macam2 pakej ada antaranya:
- umrah dan haji
- transport
- tempah tiket flight
- melancong dlm & luar negara
- honeymoon pakej
for more info try to click: http://www.tmtours.com.my
Insya Allah harga yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi,,,,
Selamat Bercuti!!!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi ni'mat untuk menghirup udara secara percuma dan yang paling penting nikmat Iman dan Islam. Syukur ya Rabb,,, nikmat yang dirasakan begitu bernilai dan berharga bagi insan yang tahu menghargainya.
Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan kepada sahabat blogger semua tentang pakej yang ditawarkan oleh Syarikat TM Tours & Travel, iaitu tempat saya sedang bekerja sekarang.
macam2 pakej ada antaranya:
- umrah dan haji
- transport
- tempah tiket flight
- melancong dlm & luar negara
- honeymoon pakej
for more info try to click: http://www.tmtours.com.my
Insya Allah harga yang ditawarkan berpatutan dan berbaloi,,,,
Selamat Bercuti!!!
Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,,
Terasa begitu lama xupdate blog ni,,, rasa sayang dibiarkan ia dengan page y sama. Sesungguhnya aku tidak ada idea untuk dikongsi, sekadar menulis apa yang ingin ditulis....
Alahmdulillah, tarikh 29 Jun 2010 merupakan tarikh bersejarah buatku dan kawan2 seperjuangan zaman UPSR kerana kami telah berjaya megadakan reunion setelah hampir 11 tahun tidak berkumpul. Aku tidak nyatakan 'tidak berjumpa' kerana kami pernah jua berjumpa dalam masa 11 tahun ini cuma jarang bertegur sapa kerana kesibukan masa dan komitmen lain. Ada setengahnya sudah bekerja, sedang sambung belajar dan ada juga telah dan akan mendirikan rumahtangga. Tahniah kawan2,,
Didiklah anak-anak sedari kecil lagi
Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Sosial pula bererti segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu masalah sosial bermaksud perkara, keadaan atau kesukaran yang berlaku dalam masyarakat hasil interaksi antara anggota masyarakat.
Masalah sosial kini memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka.
Saban hari, ada sahaja masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja dilaporkan oleh media massa dan media elektronik. Isu ini semakin hari semakin membimbangkan kita kerana ianya seolah-olah bersiri dan tiada henti. Sampai bilakah kita perlu menanti apa yang bakal berlaku pada hari esok, lusa dan seterusnya?
Kenderaan perutusan di zaman Rasulullah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita diberi kesenangan dan kesempatan berkarya dan berkongsi sesuatu di alam maya ini. Jika di bandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w dalam perjuangannya menyampaikan dakwah dan menyebarkan Islam, zaman kini dikira berkali-kali lebih canggih dan lebih senang untuk berkomunikasi, alhamdulillah.
Bayangkan, jika dulu sesuatu perutusan dihantar dengan bantuan seekor kuda, berhari-hari menunggu keputusan atau balasan dari penerima, berbagai perasaan menerjah diminda, adakah balasannya nanti positif ataupun negatif. Hari dinanti penuh debaran. Namun kini, segalanya pantas dan segera, baru di hantar, dua atau tiga saat kemudian ada balasan. Sementelahan kini berbagai kemudahan disediakan antaranya facebook, email, ym, blog, dan banyak lagi. Namun demikian, ingatlah wahai saudaraku semua, semakin banyak kemudahan, semakin banyak cabarannya.
Cuba kita renungi, kenapa dulu sahabat Nabi sempat khatam al-Qur'an 3hari 30juzuk? Sedangkan sukar mendapatkan cahaya lampu di waktu malam? Sempat menulis kitab dan meriwayatkan hadis sedangkan di zaman itu sukar untuk mendapatkan dakwat dan kertas...pelepah tamar dan ketulan batulah alatan berguna buat mereka.
contoh alatan untuk mencebok air
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabiatul Adawiyah. Namun, setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwudhu', itupun telah buruk. lantas, pencuri itu tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menegur si pencuri tersebut,"Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok itu. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti ini. Kebiasaannya, tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun kini, lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu," kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah kendi buruk yang tidak berharga," jawab si pencuri.
Pernahkah sahabat semua rasa resah dan serba tak kena? Buat ni tak kena, buat tu tak jadi. Semuanya rasa seperti tidak sempurna. Puas berfikir dan berfikir mencari puncanya, namun tidak jua ku temui.
Akhirnya, seusai solat maghrib, ku ambil telefon bimbit dan ku tekan nombor mama yang telah ku hafal di kotak memoriku. Setelah bertanya khabar dan berbual dengan mama tercinta, barulah jiwa rasa tenang. Patutlah segalanya tidak kena kerana hampir seminggu tidak mendengar suara mama dan abah.
Walaupun tidak dapat pulang menjenguk keluarga di kampung, sekurang-kurangnya dapat dengar suara pun jadilah. Daku bukanlah anak manja, namun, selaku anak kita perlulah sentiasa bertanya khabar dan mengiringi doa selepas solat kepada ibubapa agar apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.
Andainya kita renungkan, waktu berjalan begitu pantas. Makin hari kian terasa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja bertemu hari Isnin, esok Isnin akan meljema kembali. Namun, yang pasti Isnin minggu lepas sama sekali tidak sama dengan Isnin yang bakal menjelma esok.
Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan bahkan dari tahun ke tahun terasa pantas segalanya. Usia pun makin bertambah, namun umur makin berkurang.
Ya Allah yang Maha Pemgampun, ampunilah kami yang banyak melakukan dosa dalam melewati hidup ini. Bimbing dan lindungilah kami dari musuh-musuh kami yang nyata dan dari godaan dunia yang menggiurkan. Hidup dan tegakkan Iman dan Islam dalam jiwa kami. Bangkitkankah roh kami agar sentiasa taat kepadaMu Ya Rabbal Alamin.
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)










