Assalamualaikum.
Diharap sahabat semua sentiasa dalam magfirah dan lindungan Ilahi walau apa jua halangan dan cabaran yang menimpa. Seusai maghrib tadi, terdetik dihati untuk membaca Buletin sekolah di alam sekolah menengah dulu.
Waktu tu, asyik sangat mengumpul buletin, tak sempat membacanya, dengan harapan bila ada waktu lapang nanti bolehla mengkhatamnya. Namun, waktu lapang tak jua muncul2, bila difikir2kan, kitalah yang perlu mencari waktu itu dan manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Mungkin kadang2 perancangannya telah kita aturkan, namun perancangan Allah tak mampu kita tepis kerana perancangan Allah Maha teliti kerana Dialah pencipta kita yang hina ini... ni artikal terpilih yang rasanya elok dipublishkan.

7 Conditions For a Woman's Dress

A Hijab is a word that indicated the following conditions :

1. Clothing must cover the entire body, only the hands and face may remain visible (According to some Fiqh Schools) .

2. The material must not be so thin that one can see through it.

3. The clothing must hang loose so that the shape / form of the body is not apparent.

4. The female clothing must not resemble the man's clothing.

5. The design of the clothing must not resemble the clothing of the non believing women.

Kita sebenarnya..... lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharam
Kita sebenarnya..... lebih tahu makna 14 Februari daripada makna 12 rabiulawal
Kita sebenarnya..... lebih membesarkan hari Sabtu atau Ahad berbanding hari Jumaat
Kita sebenarnya..... lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendegar azan
Kita sebenarnya....  lebih suka lepak, tidur dan tengok TV daripada solat
Kita sebenarnya..... lebih tahu tentang sejarah artis pujaan daripada kisah nabi2 Allah
Kita sebenarnya..... lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada ucapan assalamualaikum
Kita sebenarnya......lebih suka mambasahkan bibir dengan lagu2 daripada berwirid dan bertahmid

Assalamualaikum...
Hari ini bermulanya kuliah kami di kampus tersayang walaupun kuliah kebanyakan cancel, namun kami tetap datang pada hari pertama dengan perasaan berkobar2 menuntut ilmu, bertemu rakan2 seperjuangan dan para pensyarah yang dihormati. Rindunya pada cafe  kat PKP(Pusat Kemudahan Pelajar), hostel, maktabah dan semua lah...
 Ni pun curi masa kat maktabah sementara kelas bermula jam 2 nanti.
akhir kalam, salam perjuangan buat semua..
Mulakan sem baru dengan niat baru, azam baru dan semangat baru!!!!
بالتوفيق والنجاح...

Salam 1 Malaysia buat pembaca semua….


ni lah solok lada..

Alhamdulillah, setinggi2 syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup 0ksigen dan meneruskan ibadah kepadaNya. Cuti nie rasa terisi dengan agenda yang menarik walaupun kadang-kadang terasa sedih sebab hampir 3 minggu tak dapat bukak laptop sebab laptop ada problem sikit. Semalam baru sihat dibaiki..alhamdulillah.

Assalamualaikum sahabatku semua

aku dan adik di KLCC

Kita bersua kembali setelah berhempas pulas menjawab exam...
Alhamdulillah, pagi ahad 15 Nov aku dan adikku, Asiah telah selamat sampai ke kampung tercinta setelah masing2 telah selesai final pada 11 dan 13 Nov... Sepanjang 5 sem belajar di USIM, inilah kali pertama aku naik bas dari Hentian Putra ke Kelantan. Biasanya aku balik dengan keteapi ataupun bas chater jer, senang sikit...tapi sem ni rasa macam nak buat kelainan ckit..sama jer setiap sem...

Salam perjuangan buat sahabat dan pembaca blog sekalian…. Terutama sekali buat Ustazah Rawiyah, pendidik bagi madah Nusus wa Sulukiyyat Al-I’lam( berkaitan media muslim) yang mewajibkan kami pelajar TBA 4 dari Program Bahasa Arab & Komunikasi supaya create blog yang tak seberapa ini, namun diharapkan agar sedikit sebanyak dapat memberi input kepada pembaca semua……


Pada petang jumaat yang lalu, hari last kena submit assignment Linguistik (tahlil ayat Qur’an) madah Dr Asma, teringat nak amik duit dari ATM kat kampus sebelum submit assignment. Waktu tu just ada sekeping not merah untuk perbelanjaan sepanjang study week. Dah hampir seminggu mesin ATM rosak dan hanya dua hari lepas ianya dibaiki. Saya pilih amik duit hari jumaat petang sebab biasanya waktu nie tak ramai orang yang ada kelas, so tak perlu beratur panjang semata-mata nak ambik duit. Sebelum ni, kalau tak cukup duit, saya pinjam dengan adik, yang kebetulan juga belajar di sini dan kolej kami pun dalam pagar yang sama, dan dia pun sebaliknya. Kami mendapat wang dari sumber yang sama iaitu abah yang tercayang dan biasiswa. So, tak delah istilah bayar balik, kira acilah.

Tapi bukan cerita ini yang ingin saya fokuskan, seusai ambil duit, saya terambil sehelai kertas…dari dibiarkan berterbangan, baik ambik…tapi tak sempat nak baca..
Bila balik hostel, time nak kemaskan beg, saya terpandang kertas yang saya ambil tadi. Jomla kita baca sama-sama..


*      Jika engkau bertemu seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu: “ Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
*      Jika bertemu anak kecil, maka ucapkan (dalam hatimu): “ anak ini belum bermaksiat kepadaNya, tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu orang tua, maka ucapkan (dalam hatimu): “dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkan (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu dengan seseorang yang bodoh, maka ucapkan (dalam hatimu): “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh( tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”.
*      Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): “ Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.


 
Best tak cite nie? asalnya saya ingatkan sampah…saya ambil untuk elakkan sampah bertaburan di USIM… rupa-rupanya ia adalah ilmu baru untuk saya..dan elok dikongsi..

والله أعلم بالصواب
سلام فرجواغن يغ بلوم سلساي



Assalamualaikum......

Bermula dari hari ini hanya tinggal 12 hari je lagi student USIM akan mula menduduki final exam. Sekarang, masing-masing sedang kalut menyiapkan assignment dan tugasan yang masih berbaki... termasuklah diri ini. Makin hampir tarikhnya makin takut pulak....




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat mencetuskan gegaran dalam Gunung Talang sejak dua hari lalu.
Malah, gegaran dalam gunung di daerah Solok itu mencapai 100 kali sejak beberapa hari lalu, lapor laman web detikcom, kelmarin.

;;

كل عام وأنتم بخير

شكرا على زيارتكم جميعاً

"HiDup Ini IndAh JikA SeGalanYa KeRaNa ALLaH"